KUCHING: Kerajaan Sarawak akan mencontohi Hyde Park di London dalam usaha memulihara kawasan alam semula jadi seluas 108 hektar di Bukit Siol di Petra Jaya di sini yang akan diwartakan sebagai taman rizab semula jadi.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kawasan berkenaan akan ditanam dengan spesis pokok tempatan seperti belian dan nyatoh selain pelbagai jenis tanaman berbunga bagi memastikan kehijauan di tengah bandar raya itu terus terpelihara dan menjadi kawasan rekreasi.
"Kita telah mengenal pasti seluruh kawasan di bawah Dewan Bandaraya Kuching Utara antara kawasan Pustaka, Boulevard di bawah Bukit Siol ini yang akan digazetkan sebagai rizab semula jadi," katanya selepas menghadiri Majlis Memperingati Ulang Tahun Hari Bandar Raya Kuching Ke-35 di sini hari ini.
Abang Johari berkata proses pewartaan kawasan itu sedang dilaksanakan dan Perbadanan Perhutanan Sarawak dengan kerjasama Jabatan Hutan Sarawak akan mengawal selia aktiviti yang dijalankan di situ.
"Akan ada pakar landskap yang akan membuat reka bentuk di kawasan tersebut. Pembangunan di sekitarnya akan diselia oleh pihak berkuasa perancangan negeri supaya tidak banyak bangunan tinggi dan ketinggian bangunan akan dihadkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 01 2023
Abang Johari dan isteri Puan Sri Juma'ani Tuanku Bujang melihat replika Kucing yang diperbuat daripada rumput hiasan pada majlis memperingati ulang tahun Hari Bandaraya Kuching ke-35 di Tebingan Kuching hari ini. - Foto BERNAMA
KBS bantu atlet kayak dilanggar pemandu mabuk - Adam Adli
KBS akan memberi bantuan kepada atlet kayak, Siti Nurul Masyitah Elias yang parah akibat dilanggar oleh seorang pemandu mabuk di Johor Bahru pada Sabtu.
EPL: Jurgen Klopp renung Anfield menjelang aksi terakhir bersama Liverpool
Jurgen Klopp dilihat melayan perasaannya di Anfield menjelang aksi terakhirnya sebagai pengurus Liverpool.
Google Gemini boleh jadi pemandu pelancong dengan langganan premium
Ciri ini adalah lebih maju dan hebat berbanding pemalam Google Flights pada Gemini.
Persatuan sukan perlu pastikan atlet ada perlindungan Perkeso - Adam Adli
Kementerian Belia dan Sukan menggesa semua persatuan sukan memastikan atlet bernaung di bawahnya mendapatkan perlindungan Perkeso.
[TERKINI] Setiap pokok terpaksa dipotong, 100 pokok baharu wajib ditanam semula - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur supaya setiap pohon yang terpaksa dipotong, 100 pokok baharu wajib ditanam semula.
Gerakan Blockout 2024 ada akaun IG senarai artis tempatan perlu, tak perlu boikot
Salah satu cara ialah dengan memboikot selebriti, pempengaruh yang tidak menggunakan media sosial untuk bersuara berhubung kekejaman Israel.
Bunuh, bakar kekasih hamil: Tertuduh dibenar rujuk pakar psikiatri
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan seorang pemuda didakwa membunuh kekasihnya yang hamil, dirujuk kepada pakar psikiatri.
Kecederaan sukan: Fahami keupayaan tubuh, elak kecederaan ACL & PCL
Kecederaan sukan boleh berlaku semasa bersukan, beriadah ataupun semasa kemalangan kecil.
Faktor lain yang menyumbang kepada kecederaan itu juga termasuk latihan yang tidak sempurna atau alatan yang tidak sesuai.
Bagaimanapun, menurut Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik UKM Specialist Centre Sdn Bhd, Profesor Madya Datuk Dr Badrul Akmal Hisham, kecederaan lutut yang menyebabkan Ligamen Krusiat Anterior (ACL) dan Ligamen Krusiat Belakang (PCL) adalah antara yang selalu berlaku.
Faktor lain yang menyumbang kepada kecederaan itu juga termasuk latihan yang tidak sempurna atau alatan yang tidak sesuai.
Bagaimanapun, menurut Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik UKM Specialist Centre Sdn Bhd, Profesor Madya Datuk Dr Badrul Akmal Hisham, kecederaan lutut yang menyebabkan Ligamen Krusiat Anterior (ACL) dan Ligamen Krusiat Belakang (PCL) adalah antara yang selalu berlaku.
[TERKINI] Pemandu rempuh atlet kayak negara di bawah pengaruh alkohol
Pemandu kereta yang merempuh atlet kayak negara, Siti Nurul Masyitah Md Elis berada dalam keadaan mabuk menerusi ujian saringan penafasan yang dijalan pihak polis.
Polis tahan pemandu mabuk langgar atlet kayak hingga parah
Polis sudah menahan pemandu lelaki mabuk yang menyebabkan atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias, 22, cedera parah dalam kemalangan di Johor.
Hyde Park di London jadi inspirasi Abang Johari wujudkan taman rizab Bukit Siol
Kerajaan Sarawak akan mencontohi Hyde Park di London dalam usaha memulihara kawasan alam semula jadi seluas 108 hektar di Bukit Siol di Petra Jaya yang akan diwartakan sebagai taman rizab semula jadi.